Monday, February 1, 2010

Salam..

Salam for you. Dah lama tak menjenguk blog ni, almaklum dah bekerja semula. Setiap hari, seawal 6.30 pagi meredah Jalan Kuching dan Jalan Sultan Ismail. Kalau masuk pukul 7am, boleh balik pukul 4pm. Biasanya, pukul 4.30 pm la aku melompat tutup screen, bekejar ke car park. Selalunya, tengahari, aku akan spend masa sikit untuk membeli donuts kat Pavillion. Hehe, biasa la naluri ibu bekerja...mesti nak beli something untuk budak-budak.

Some people questioned me, dah elok2 duduk umah, makan pakai tanggung, nak jugak kerja semula. Saya faham kenapa soalan itu ditanya. Tapi saya pun tak tahu macam mana nak jawab. Kadang2, saya membaca blog surirumah yg lain, mereka sanggup berhenti kerja untuk kemaslahatan rumahtangga dan anak-anak. Tahniah saya ucapkan kepada mereka, semoga setiap detik yg pengorbanan ikhlas itu mendapat pahala.

Saya bertanya kepada suami, apa cita-citanya. Dia kata, by age of 35, nak ada 1 millions cash, duduk rumah tak yah kerja, buat kolam ikan dan jual ikan, tapi biar org lain yg uruskan. Okaylah tu. Aku pun bertanya pendapatnya, mana yg lagi OK untuk aku, nak jadi Rotating Specialist ke, Reliability Specialist ke? Suami macam tak berminat nak menjawab. Dia kata, kita ni kerja sebab cari duit, bukannya kerja sebab nak kerja!

O-o, then I answered. Kalau nak kaya, ada jugak orang jual nasi beriyani pun boleh dapat rm4k sehari. Ada yang jual keropok lekor kat Tganu, dapat RM1k sehari....oh thats not me! To me, Allah jadikan manusia bermacam-macam gaya berfikir, bermacam idea dan kehendak. Kalaulah semua manusia ni semua otaknya sama, maka takde lah engineer, takde lah orang nak jadi doktor, takde lah orang yang nak jual tasbih, takdelah kedai Nasi Ayam Linda Onn! Berbalik kepada cerita penjual tasbih, mungkin dia tahu dia takkan kaya dengan menjual tasbih, tapi itulah yang dia mahu.

Penulis: Teringat cerita Cinta Si Penggali Kubur.

No comments:

Post a Comment