Friday, November 13, 2009

Sakit Hati Den

Kalau tengah terasa sakit ati, boleh pilih utk cool ,or teruskan sakit hati & lancar perang sedara:

Cara-cara untuk cool:
1. Bila terasa tu, beredar dari situ. Gi minum air.
2. Cepat pikir, ah..dia baru kena cerai talak tiga kot...sbb tu camtu meroyan...
3. Pastu ingat semua benda baik yg dia pernah buat kat kita.
4. Niat dalam hati, maafkan dia. Dan semoga Tuhan maafkan dosa kita pulak.
5. Besok tu buat biasa. Tapi kalau org tu memang jahat dan kacau lagi...jgn lupa baca doa pendinding, ya.

Cara-cara untuk teruskan sakit ati (hehe):
1. Bila terasa tu, cepat-cepat diam. Bukak facebook, pastu buat status Lepas Geram, biar satu alam tahu.
2. To amplify further, pikirkan semua silap dia pernah buat dulu. Yg takde kaitan pun boleh jugak.
3. Pastu pikir yg ko pernah tolong dia dulu. Then, sumpah seranah la dia... nak ngumpat boleh gak.
4. Last but not least, tanya diri sendiri, apa yg kita dapat pun....lagi tak tenteram jiwa ada la manyak-manyak musuh ni..

Yg menulis,
Aku yg sedang sakit ati....hehhe...dadidudada..

Tuesday, November 10, 2009

Ada Aku Kisah? Mesti la Aku Kisah...

Terjumpa petua ini, cak,cak,cak?
Wajah anda kelihatan tua dan kurang menarik?

Untuk awet muda dan menarik :
1.Banyakkan ketenangan dengan berzikir dan mengingati Allah.
2.Minum segelas air suam setiap pagi, sebaik sahaja bangun tidur
3.Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

Tell me when can I get daun pegaga kat sini. Wargh....!!!

Sunday, November 8, 2009

My Jersey

Was so excited that NS won the Bola Cup 2009 yesterday. Facebook status revealed hate, anger, excitement, etc. I, although not a football fan, also celebrated the joy, of course virtually.It has been reported in many blogs that the supporters burnt out the stadium seat, throwing hard objects, etc. Ironically, I am not annoyed. Because, anyway, my Kelantanese husband ni lah yang bancuhkan madu + limau, sediakan ubat and all ( I got bad throat infection last night). And he woke up in the middle of night curious whether I was OK or not.

Don't you agree, when we wear labels, life is difficult. Hatred begins when you put on your jerseys, say, I am anak Nogori, I am Kelantanese, I am puak Tamil Nilam, whatsoever. I just wonder, how much race, nationality has torn us apart.

A point to ponder, Singapore government has successfully disintegrated Malay in Spore, by enforcing i.e Malay Jawa, Malay Minangkabau, to be indicated in their ID card. The impact of a label is very destructive. Why dont you see that. 

And if you happen to run politics or big organization, always remember this Jersey story. Anyway, I admire Lee Kuan Yew.

Sunday, November 1, 2009

Dalam Ribuan Biji Epal, Ada Beberapa Benih Saja Yang Tumbuh

Sepanjang saya beriktistikharah, tak pernah saya dapat mimpi, atau apa-apa alamat yg special. Saya lebih mengikut gerak hati yg cenderung ke arah mana. Buat berkali-kali dan tawakal. Untuk memilih sekolah anak begitu juga. Semasa hendak membuat keputusan, teramatlah sukar dan tiada rasional. Dengan kerisauan tiada transportation, yuran yg terlalu mahal dan sebagainya. Tetapi akhirnya selamat.

Ada seorang bekas rakan sepejabat perempuan, melalui chatting, dia berkata, `Awak selalu bernasib baik. Awak dapat tawaran kerja yang bagus. Awak amik exam, awak lulus. Awak ikut saja, akhirnya pilihan awak tu tidak mengecewakan'. Ya, saya tahu, dia merujuk kepada pekerjaan saya sebelum ini. Tetapi sekarang saya tidak lagi bekerja, dan sedang mencari pekerjaan juga.

Betulkah saya selalu bernasib baik? Tetapi ramai yang tidak tahu, saya menghantar surat permohonan beratus-ratus melalui email, juga menghadiri pelbagai temuduga yang menyedihkan. Adakah saya mahu menceritakan macam mana kesedihan `dihambat' semasa temuduga? Atau kepenatan saya beratur di tengah musim panas sejauh 2 km dari pintu hotel tempat walk-in interview tetapi hanya di interview selama 5 minit sahaja dan diperbodoh-bodoh oleh expat India?

Guys, Allah mengatakan yang Dia Maha Adil. Sememangnya adil. Itu saja yang ingin saya katakan. Fooh, ini lah bebelan saya kali ini..menulis dalam keadaan penat berjumpa recruitment agency di tingkat 7 bangunan yang dikelilingi construction. Yang mana interviewer nya langsung tidak memandang saya, sebaliknya menatap komputernya sahaja. Kali ini, teksi membayar AED130 (RM130).

Saya tidak kecewa. Kerana selagi kita bernama manusia, kita kena terus berusaha!