Sepanjang saya beriktistikharah, tak pernah saya dapat mimpi, atau apa-apa alamat yg special. Saya lebih mengikut gerak hati yg cenderung ke arah mana. Buat berkali-kali dan tawakal. Untuk memilih sekolah anak begitu juga. Semasa hendak membuat keputusan, teramatlah sukar dan tiada rasional. Dengan kerisauan tiada transportation, yuran yg terlalu mahal dan sebagainya. Tetapi akhirnya selamat.
Ada seorang bekas rakan sepejabat perempuan, melalui chatting, dia berkata, `Awak selalu bernasib baik. Awak dapat tawaran kerja yang bagus. Awak amik exam, awak lulus. Awak ikut saja, akhirnya pilihan awak tu tidak mengecewakan'. Ya, saya tahu, dia merujuk kepada pekerjaan saya sebelum ini. Tetapi sekarang saya tidak lagi bekerja, dan sedang mencari pekerjaan juga.
Betulkah saya selalu bernasib baik? Tetapi ramai yang tidak tahu, saya menghantar surat permohonan beratus-ratus melalui email, juga menghadiri pelbagai temuduga yang menyedihkan. Adakah saya mahu menceritakan macam mana kesedihan `dihambat' semasa temuduga? Atau kepenatan saya beratur di tengah musim panas sejauh 2 km dari pintu hotel tempat walk-in interview tetapi hanya di interview selama 5 minit sahaja dan diperbodoh-bodoh oleh expat India?
Guys, Allah mengatakan yang Dia Maha Adil. Sememangnya adil. Itu saja yang ingin saya katakan. Fooh, ini lah bebelan saya kali ini..menulis dalam keadaan penat berjumpa recruitment agency di tingkat 7 bangunan yang dikelilingi construction. Yang mana interviewer nya langsung tidak memandang saya, sebaliknya menatap komputernya sahaja. Kali ini, teksi membayar AED130 (RM130).
Saya tidak kecewa. Kerana selagi kita bernama manusia, kita kena terus berusaha!
Sunday, November 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment